-Doa itu adalah ibadat.
Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi S.A.W. bersabda:
-Tidak ada suatu pun yang lebih mulia di sisi Allah S.W.T. MELAINKAN DOA.''
-Pernah Tsabit al-Bannani mengatakan,''Aku tahu bila Tuhanku mengingatiku.''Tentu sahaja mereka terkejut lalu bertanya,
''Bagaimana engkau tahu demikian?''Dia menjawab,''Iaitu ketika aku mengingatinya,dia mengingatiku.''
-Apa yang dimaksudkan adalah ketika berzikir.Namun begitu,tak semestinya ketika lepas solat boleh berzikir ketika sedang berbaring dan bersenaman pun boleh.Tapi janganlah sampai terlebih-lebih pulak.
Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a. Nabi S.A.W. bersabda:
''Perumpamaan orang yang berzikir dan orang yang tidak berzikir kepada Tuhannya adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati''.
--Maksudnya orang yang hidup dan mati adalah orang masih ada peluang dan sudah berakhir peluangya.
Daripada Anas Bin Malik r.a.,Nabi S.A.W. bersabda:
''Apabila kamu melalui taman syurga,maka ragutlah(perbanyakkanlah zikir untuk mendapat ganjaran).''Para sahabat punj bertanya:''Apakah dia taman syurga?''Baginda menjawab:''Kelompok2 orang yang berzikir.''
(Riwayat al-Tarmizi)
0 komen:
Post a Comment