Feb 21, 2010

Jenazah Berubah Menjadi Babi Hutan



Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis dan sangat mengharukan Rasulullah yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.
"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" Tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datan melawat. Aku tidak mempuyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.
Dengan segera Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjengkuk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar kerana mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu segera kembali melapor kepada Rasulullah SAW.
Maka datanglah sendiri Rasulullah SAW ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannyadan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu dimakamkan dia berubah kembali menjadi babi hutan.

           Melihat kejadian itu, Rasulullah menanya kepada anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hayatnya. "Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hiduppnya. Dia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

-Walaupun kemungkinan besar kita tidak akan menjadi seperti begitu, namun seksanya seperti begitu. Sedarlah kawan-kawan. Ini bukan dunia yang sebenar, dunia sebenar adalah di antara neraka dan syurga.

Feb 18, 2010

Amalan membawa ke Syurga

Daripada Anu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda:

''Bertakwalah kepada Tuhan kamu,tunaikanlah solat lima waktu kamu,berpuasalah pada bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat harta kamu, dan taatilah orang yang mengendalikan urusan kamu;nescaya kamu memasuki Syurga Tuhan kamu.''
                                                                                                                     ( Riwayat al-Tarmizi)
Apakah itu solat?

Solat adalah beberapa ucapan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam

-Amalan pertama dihisab ketika hari kiamat adalah solat .Ingatlah...solat adalah rukun islam yang ke-2.Maka solat adalah wajib.Renungkan dan tanyalah diri anda,apakah yang menyebabkan anda tidak sempat ataupun malas untuk solat??
Allah Maha Bijaksana;Dia telah memberikan masa yang cukup untuk beribadah kepadaNya.
Fikirkanlah wahai insan,solat bukan beban bagi kita.
Ingat tak?? Rasulullah pernah meminta Allah S.W.T. untuk mengurangkan solat 50 WAKTU ke 5 WAKTU.. Haa.. Banyakkan!?
Solat adalah tiang agama.Cuba bayangkan rumah tanpa tiang.Adakah rumah itu akan kukuh?Tentu tidak.Apa bezanya Islam dan Kafir?? Solat bukan!

Feb 15, 2010


Doa dan zikir

-Doa itu adalah ibadat.

Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi S.A.W. bersabda:

-Tidak ada suatu pun yang lebih mulia di sisi Allah S.W.T. MELAINKAN DOA.''

-Pernah Tsabit al-Bannani mengatakan,''Aku tahu bila Tuhanku mengingatiku.''Tentu sahaja mereka terkejut lalu bertanya,
''Bagaimana engkau tahu demikian?''Dia menjawab,''Iaitu ketika aku mengingatinya,dia mengingatiku.''

-Apa yang dimaksudkan adalah ketika berzikir.Namun begitu,tak semestinya ketika lepas solat boleh berzikir ketika sedang berbaring dan bersenaman pun boleh.Tapi janganlah sampai terlebih-lebih pulak.

Daripada Abu Musa al-Asy'ari  r.a. Nabi S.A.W. bersabda:
''Perumpamaan orang yang berzikir dan orang yang tidak berzikir kepada Tuhannya adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati''.

--Maksudnya orang yang hidup dan mati adalah orang masih ada peluang dan sudah berakhir peluangya.

Daripada Anas Bin Malik r.a.,Nabi S.A.W. bersabda:

''Apabila kamu melalui taman syurga,maka ragutlah(perbanyakkanlah zikir untuk mendapat ganjaran).''Para sahabat punj bertanya:''Apakah dia taman syurga?''Baginda menjawab:''Kelompok2 orang yang berzikir.'' 
                                                                                                                      (Riwayat al-Tarmizi)  











                                                                                                    


Feb 14, 2010

Al-Quran


Seperti apa yg kita tau,  Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T kpd Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibril
Al-Quran menjadi petunjuk kepada kita sehinggalah hari Akhirat,ataupun hari kiamat.Oleh itu,setiap muslim wajib membaca Al-Quran..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
 ''Bacalah Al-Quran!!Sesungguhnya pada hari kiamat, Al-Quran itu akan melindungi pembacaNya''
Rasulullah bersabda lagi:
  ''Sesiapa yang membaca Al-Quran dengan fasih adalah bersama orang yang tinggi darjatnya,dan sesiapa yang sukar membaca Al-Quran tetapi dia berusaha akan mendapat dua kali ganda ganjaran" (Riwayat Bukhari dan Muslim

-Oleh itu,baca lah Al-Quran tidak kisahlah sama ada sukar ataupun senang bagi anda kerana Al-Quran adalah petunjuk, Ianya akan melindungi pembacaNya pada hari kiamat....

Feb 13, 2010

Feb 11, 2010

Permulaan Blog

Sebelum dimulakan,setiap yang kiter sampaikan,kita turuti jugak aper yg kiter kata, jikalau x, smuenyer aderla sia2

Template by:
Free Blog Templates