May 27, 2010

Penyakit mencarut senang untuk dihindari

PDaripada Abu Hurairah r.a.,Nabi S.A.W. bersabda:
   
''Mencarut adalah sejenis sikap kasar.Manakala sikap kasar balasannya adalah neraka.''

                                                                                                               Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Berdasarkan hadis di atas dapatlah kita mengetahui bahawa mencarut adalah sikap yang kasar yang membawa kepada neraka.Budaya ini bukannya Islam yang cipta tapi agama Yahudi,Kristian dan sebagainya.Mengapakah kita ikut budaya mereka?Mengapa mereka mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan daripada meningati Allah S.W.T.Penyakit mencarut sudah menjangkiti remaja-remaja masa kini. Apabila ditanya sebab-sebab mencarut, ada yang berkata:
1)hendak melepaskan GERAM!!
2)dipengaruhi RAKAN-RAKAN..
3)sudah TERBIASA!!

    Ingatlah,renungkanlah 1 HARI di neraka bagaikan 1000 TAHUN di dunia dan 1 SAAT pun tidak dapat kita tanggung....remaja akan memimpin negara pada masa hadapan.Merekalah yang akan menentukan nasib negara kelak..Kita tidak mahu pemimpin yang berperwatakan suka mencarut ketika remaja.DI MANAKAH UMAT ISLAM MASA KINI!?.Masalah mencarut bukannya susah untuk dihindari..cuma mereka tidak berusaha mencari jalan untuk menghindarinya.
    
     Cara kita menghindari carut adalah dengan niat untuk amar makruf nahi mungkar dan melaksanakannya dan ingatlah Allah selalu ..apabila terdengar kawan melakukan kesalahan ucapkan astagfirullah..,masyaAllah dan tegurlah mereka .Sesungguhnya Allah akan membantu hambaNya membantu agamaNya iaitu islam...dan orang yang ditegur haruslah menerima sepenuh-penuhnya.Jikalau tidak mampu juuga,sekurang-kurangnya dalam hati perlu ada sikap mencarut.
     
     Jika tidak bermakna dia tidak dapat membuka pintu hidayahnya.Fikirkanlah..sebagai seorang muslim,da'i dan pemimpin haruslah menegakkan umat islam daripada jatuh ke tangan orang kafir.. Insya-Allah..

0 komen:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates