Nov 19, 2010

Antara Bunga Cantik dengan Batu Buruk

  




Apabila kita terfikir antara bunga yang cantik dan batu yang buruk,mana satukah yang akan kita ambil?Tentulah bunga yang cantik kerana ia senang dipandang orang,menjadi hiasan yang terbaik dan sebagainya.Mengapa bukan seketul batu yang buruk,kasar, tidak cantik dibawa ke tempat awam...


Persoalannya,antara bunga cantik dan batu buruk,yang mana satukah menjadi penyelamat dalam hidup kita?Cuba kita membuat perbandingan ,andaikan seekor anjing mengejar, kita pilih batu di jalanan untuk membantu kita tetapi bunga hanya hidup cantik tetap akan layu di muka bumi ini...
Oleh itu, antara bunga yang cantik ataupun batu yang buruk??Fikir-fikirkanlah....




Sama juga didalam hidup kita,bagi seseorang yang ingin mencari pasangan yang cantik,menarik perhatian orang ramai tetapi berperangai buruk atau seorang yang buruk,cacat cela tetapi mempunyai jati diri dan keimanan yang sangat kuat,maka lebih afdal untuk pilih orang yang buruk tetapi lebih teguh imannya agar menjadi bimbingannya untuk berjaya didunia dan diakhirat kelak...
Hal ini disokong oleh satu hadis-


''Rasulullah SAW pernah bersabda:Seorang wanita dinikahi kerana empat perkara;kerana hartanya,kerana keturunannya,kerana kecantikannya dan kerana agamanya.Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama,nescaya kamu akan berbahagia''


                                                              (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hadis ini boleh juga digunakan dalam mencari seorang sahabat dan pemimpin sesebuah organisasi 
sebagai pembimbing hidup.Ingatlah apa yang akan membawa kita ke syurga atau neraka...Moga-moga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman... InsyaAllah 



1 komen:

Ahmad Syukri Bin Ahmad said...

menarik ! teruskan usaha ! allahumaftahalaik~

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates